Friday, July 2, 2010

Selamat Tinggal Semporna

Aku tak tahu apa perasaan aku yang sebenar bila aku semakin dekat tarikh untuk aku meninggalkan tempat itu. Sebelum aku ke semporna… aku ke KK dulu. Ada urusan yang aku perlu selesaikan. Kemudian, dari KK aku ambil flight ke Tawau. Inilah penerbangan terakhir aku ‘balik’ ke Tawau. Lepas ni, kalau aku ke Tawau pun, kira ‘datang’ dah… erm… sayu pula…

Kali ni, yang ikut aku ke Tawau… abg, mak n along. Jadi aku pun sewa la kereta kat airport tu. Kereta pun ok. Baru lagi. Pastu sesuai la kalau nak bawa jalan2. Dari airport, aku ke Tawau dulu sebab nak ziarah kak fiza… isteri arwah abg enal. Diorang pun akan berpindah juga… tapi tak tahu bila diorg dpt pindah. Teringat kata2 arwah abg enal… dia tak bagi aku pindah sebelum dia pindah dulu… memang betul dia pindah dulu… sedihnya…

Kemudian, aku bergerak ke semporna dan sampai pada waktu malam… makan di PASTI. Tapi selera aku masih tak pulih… huhuhu… lepas makan, aku pun balik rumah. Sampai je rumah, mak dah sibuk suruh aku berkemas. Huh… penat tak hilang lagi, dah kena berkemas… nak tak nak… ikut je la…

Hari sabtu pula, aku ke sekolah. Kemas barang2 yang ada di sekolah. Byk juga la aku tinggalkan. Tak de apa yg boleh aku tinggalkan tuk sekolah, tak lama pun aku kat sana. Harap apa yang aku berikan tu dapat membantu sekolah lepas ni walau tak seberapa pun.

Hari isnin, aku ke sekolah. Hari terakhir aku masuk kelas di sini. Jadi, aku berikan kata2 terakhir aku pada murid2 aku di kelas 2A. ingat tak nak nangis tp tewas juga. Sedih nak tinggalkan anak2 murid aku ni. Keletah mereka masih terbayang2 lagi… teacher love you all…

Hari selasa, aku ke sekolah lagi. Mem’beres’kan kerja yang aku perlu selesaikan. Cadangnya nak balik awal tapi tak jadi sebab ada majlis ringkas untuk aku… terima kasih SKBKL… walau ringkas, ia tetap memberi memori untuk aku kenang. Nasib baik aku tak de gambar… kalau tak, mesti aku nangis je bila tgk gambar. Ye la… sedih sgt. Walau SKBKL jauh di mata, tapi itulah tempat aku mula bertapak sebagai seorang guru yang bertauliah. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Semporna… tetap aku rindui… ST297N… rindunya… cikgu ali, jaga skuter tu baik2 ye.. saya sentiasa rindukan skuter tu…

No comments:

Post a Comment