Monday, April 23, 2012

Aktiviti Baru

"Lamanya cuti 3 bulan nih... hehehe... apa la yang aku boleh buat..."

Ni la ayat aku sebelum ni. Bagaimanapun setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah Perancang Yang Maha Hebat. Dulu aku selalu fikir yang apa yang boleh aku lakukan untuk mengisi masa sepanjang cuti bersalin 3 bulan ni. Bukan apa, aku rasa macam lebih baik aku ngajar sebab tak tahu nak buat apa. Tapi ada je perkara yang berlaku untuk aku penuhkan masa cuti tu.

Genap aje cuti aku 2 bulan, my heroes demam. Muaz kena demam campak. Muiz pula demam biasa. Orang tua-tua kata demam beralih bulan. Tak kisah lah. Yang penting aku kena jaga anak-anak aku ni. Plan nak bagi orientasi dgn pengasuh pun tertangguh. Tapi aku tetap hantar muiz selepas dia kebah dari demam sebab masa tu juga chicken pox muaz nak kering. time ni la paling senang berjangkit. so hantar juga la muiz ke nursery. muaz pula sedih aku tengok. kene chicken pox dan penyakit kaki tangan dan mulut serentak. tak de selera nak makan. minum susu pun asik muntah. makan sikit pun sgt. seminggu dia demam, susut sgt badannya. hari ke4 dia demam, aku cari air kelapa. bagi muaz minum. alhamdulillah, beransur lega. tapi aku pula yang demam. sebabnya aku gi sama minum air kelapa dgn muaz. hahha... mana boleh lagi... tu yang demam menggigil 1 badan. lepas aku kebah je dari demam, abg pula yang nak demam... adeh... berjangkit2 demam nih.

selesai satu bab. minggu kedua aku hantar muaz dan muiz ke nursery. apa aku nak buat ek? actully aku kene siapkan modul tuk murid aku. sepatutnya sebelum cuti aku kena siapkan. tapi... hehehhe... so, aku pun siapkan. tiba2 aku dapat call dari KP, ada org jbtn nak dtg "ziarah". so aku kene siapkan cepat. at least master copy mesti dah ada... so, dari pagi sampai ke petang la aku siapkan... pagi hantar anak, ptg amik... sempat la siap...

sekarang ni aku ada aktiviti baru. jadi dealer tuppaerware(TW). tp aku tak la buat party TW atau pergi mana2 kiosk tuk promote sale. just dgn kenalan di sekeliling. aku jual secara loose pack... maksudnye... aku jual juga satu2 unit selain dari set. contohnya, klu set tu ada 4, aku jual satu2. terpulang pada permintaan. selain tu aku juga ada buat hamper tupperware. buat murah2 jer... saja suka2... org pun kdg2 nak juga yg sikit2... so, aku sediakan service mcm tu... hehehe... so far, alhamdulillah...

pasni rajin2 la surf blog TW aku ye... pastu order dgn aku sama... hehehe... tupperwarehamper4u.blogspot.com

k lah... nnt smbg lg...

Saturday, February 11, 2012

Tahun baru + Ahli baru

Bismillahirrahmannirrahim

dah nak masuk tengah bulan 2, baru aku berkesempatan nak update blog. Bila masuk tahun baru, maka tersangat la bz... bermula dengan persiapan nak buka sekolah, aktiviti kat sekolah, dan macam-macam la...

mula2 bz dengan meeting. aku ni tak tahu la... agaknya memang dah tertulis kat dahi ni kot jawatan setiausaha... mana-mana aku pergi mesti dapat post ni... adeh... minggu pertama je 2 minit mesyuarat aku kena siapkan... bukan apa... nnt aku nak cuti lama... tak mau la kerja bertangguh.

sebelum buka sekolah, aku kena bg talk kat parent murid tahun 1... pasal PBS... erm... huhuhu... cam lawak jer... dulu kat SKBKL pun aku kena bagi talk... kat sini pun kene juga... huh... cabaran jd cikgu... yg penting apa yang aku sampaikan pendek, jelas dan padat serta mereka faham apa yang aku sampaikan. teringat kata GPK Koko aku ari tu... kalau dah cikgu tu cikgu juga. apa yang aku tulis ringkas je tp bila dapat mic... huhuhu... mcm tak cukup masa je nak cakap...

sepanjang bulan 1 ni aku mmg bz gile... bukan bz apa sgt pun, aku kene selesaikan keje sebelum awal bulan 2... sbb 4feb aku due... so, mmg mcm2 la aku kene buat... tambahan pula, ari tu masa gi check up kat hospital melaka, Dr. Tham iaitu ketua pakar runding kata cuma ada 60% je tuk bersalin normal... takut gak dgr... pastu kalau aku tak bersalin 2feb, mungkin kene czer lg... adui takut seh...

bila cite kat abg, dia pun bg semangat... insyaAllah aku boleh normal... naik balik semangat aku... so, aku teruskan kerja... bila cuti CNY, aku balik rumah mak... kononnya dengan harapan mak, aku dapat bersalin kat hospital selayang... tp tak juga... then balik semula ke melaka... pastu ada Karnival Karangkraf... aku teringin sgt nak pergi... so, abg pun bawa la... mula2 pergi hari sabtu... dari melaka terus pergi... tp org pun... huh... ramai... muaz pun tak selesa... jd dapat gi sat je... aku tak pe la... at least aku dah dapat g even apa yg aku cari tak semua dapat... bila balik rumah, along pula ajak... abg kata kalau muaz tinggal tak pe... sbb kesian kat dia... tempat tu sesak... tak tuk dia... so hari ahad pegi lagi... hahaha... kali ni jalan sakan... paling happy abg belikan set pam susu... huhuh.... tq abg... love u so much... bila beli majalah, aku dapat mcm2 hadiah... mgkn sbb diorg tgk aku dah sarat kot... tp ttp semangat nak g karnival... huhuh... bila dah tgh hari balik rumah... gi kenduri kawen pula... ptg, baru balik melaka

30 januari aku tetap g sekolah macam biasa... malam tu siap jalan2 kat family store... makan kat kedai... huhuhu... byk tul aku makan malam tu... tp ada gak aku rasa semacam... tp aku tenang... pengalaman pertama byk bg pengajaran... malam tu aku tidur macam biasa... tiba2 aku rasa sakit... tgk jam baru kul 4 pagi... pastu sakit tu berulang, 10 minit 1x... erm... terus aku gerak abg... nak gi hospital... kul 5 aku hantar muaz kat umah kak ina (pengasuh muaz) dan kul 6 aku sampai hospital melaka

jam 7 aku dah masuk bilik bersalin, alhamdulillah, kali ni cepat juga jalan buka... tepat jam 10.25 pagi aku selamat melahirkan baby boy seberat 3.3 kg secara normal... dan hari ni dah 12 hari aku berpantang di rumah mak... namun aku berpantang kali ni agak berlainan... beberapa peristiwa cemas telah berlaku... pertama, ada darah beku dan uri yg tertinggal dalam rahim keluar serentak... mula2 aku sangka peranakan aku keluar... menangis gile aku... nasib baik ada kak zila (bidan hospital selayang), dia tolong aku... rupanya tu darah beku dan tinggalan uri yg belum keluar... biasanya itulah yg akan keluar dalam masa berpantang... huhuhu... peristiwa kedua, aku sakit perut yg amat sangat... mcm nak tercabut nyawa je aku rasa... baby lak menangis masa tu... mak nak bawa gi hospital, aku tak nak... last2 kak zila juga yg tolong... mula2 dia advise gi hospital tp aku tak nak... aku minta mak urut belakang... mak ai... angin keluar menderu2... huhuhu... rupanya sbb aku susah nak kentut... jd angin berkumpul dalam badan... tu yg sakit... bila dah urut... ok sikit... tp tak la terus baik... mcm mn pun, ok dah...

sekarang aku masih berpantang di rumah mak... insyaAllah, bulan 3 baru aku balik melaka... bulan mei baru aku masuk sekolah semula... huhuhu... lamanya cuti... hehehe...

k lah... kalau ada mod dan cerita baru, aku update lagi kat blog... heheh... nak tgk gmbr baby muiz... klik sini ye....

Friday, December 30, 2011

Catatan akhir tahun

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Hari ni adalah hari terakhir dalam tahun 2011. tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan menempuh tahun 2012. biasanya, pelbagai azam akan kita bina bagi menempuh tahun mendatang. bagaimana pula dengan azam yang kita buat bagi tahun lepas? tercapai atau tidak?

Itulah yang aku fikirkan semalam. dah lama benar aku tinggalkan catatan di blog ini. bukan kerana tiada modal nak bercakap tapi sebab AKU LUPA PASSWORD. hahahah... tambahan pula bila dah ada "mukabuku" yang mudah diakses, lagi la aku tak dan nak buka. cuma 2-3 hari ni je aku bernasib baik sebab teringat password. huhuhu...

Selama 6 bulan blog ni aku tak update. tapi, bukan bermakna aku tiada story yang nak di'highlight'kan. macam-macam cerita yang ada. tapi aku terfikir, patut atau tidak aku taip kat sini. so, aku taip je la mana yang patut.

actually, bermula jun 2011 aku dah pindah sekolah. dipindahkan atas sebab perkhidmatan. tu dalam surat lah. yang sebenarnya, sekolah lama lebih guru. then PPD call aku personally dan offer aku pindah ke sekolah yang berhampiran dengan rumah aku. tambahan pula sekolah tu kurang guru matematik. then aku pun setuju setelah berbincang dengan husband. tunggu je surat. tunggu punya tunggu, lastly, aku tak jadi pindah. aku pun tak pasti kenapa. tak pe lah. tak kisah sangat pun. so, dengan hati yang lapang (sebab xjadi pindah) aku pun balik la kampung. tiba2 dapat call dari sekolah bagitahu yang aku dapat surat pindah ke sekolah lain. bilik dirisik, aku mengisi kekosongan seorang cikgu yang telah meninggal dunia sebelum cuti sekolah ari tu... ooo... jadi pindah juga lah aku. huhuhu...

so, lepas cuti sekolah, aku pun berkemaslah nak pindah. double pindah. pindah sekolah dan pindah rumah. ni nak story pasal pindah rumah pula. hujung bulan 5 aku dah dapat kunci rumah. so dah boleh pindah la. jadi aku dan abg pun sibuk la plan itu ini. mana nak cari gril, perabot ke, cat ke, nak tambah apa2 ke, nak buat renovation ke. so dalam cuti sekolah tu ada pameran homedex. so aku pun pergilah ke MITC ayer keroh. wah... memang rambang mata tengok perabot. tapi bila nak beli, fikir banyak perkara. dari bajet hingga kepada keperluan. perlu atau tidak beli. so, aku hanya beli katil tuk bilik tamu dan sofa L-shape. bila dah habis cuti sekolah, aku pun sibuk la kemas itu dan ini. cat rumah, cari gril, cari kabinet dapur. macam2 perkara fikir. badan pun rasa letih semacam je. mungkin sebab pindah sekolah dan rumah serentak kot. tapi... hehehe...

dalam pada sibuk nak pindah rumah, aku cuba buat pregnancy test. bukan apa, sbb aku rasa badan aku lain macam. dan jawapannya positif. adeh... mak aku punya mengucap panjang... huhuhu... so, aku kena la kurangkan kerja kemas2 ni. mak n abah datang tolong. ipar aku pun datang tolong. 30 jun rasmi lah aku pindah rumah baru.

dalam pada tu, aku kat sekolah pun masih busy. macam2 kena urus. dan sekarang aku bersedia untuk menerima orang baru lagi. muaz pun dah pandai sayang adik. huhuhu... dia dah pandai jalan. makin lasak. aku memang tak larat nak layan. kadang2 terlepas sebut 'adik'...

nak cerita banyak pun, kat facebook aku dah story juga. so, aku update kat facebook je gambar2 aktiviti2 aku sepanjang 6bulan kedua tahun 2011. sekarang ni aku sibuk nak urus KSSR. nanti aku try upload apa2 maklumat tentang KSSR & PSB kat sini. kalau sape2 nak share pun boleh.

ok... jumpa lagi tahun depan...