Friday, December 30, 2011

Catatan akhir tahun

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Hari ni adalah hari terakhir dalam tahun 2011. tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan menempuh tahun 2012. biasanya, pelbagai azam akan kita bina bagi menempuh tahun mendatang. bagaimana pula dengan azam yang kita buat bagi tahun lepas? tercapai atau tidak?

Itulah yang aku fikirkan semalam. dah lama benar aku tinggalkan catatan di blog ini. bukan kerana tiada modal nak bercakap tapi sebab AKU LUPA PASSWORD. hahahah... tambahan pula bila dah ada "mukabuku" yang mudah diakses, lagi la aku tak dan nak buka. cuma 2-3 hari ni je aku bernasib baik sebab teringat password. huhuhu...

Selama 6 bulan blog ni aku tak update. tapi, bukan bermakna aku tiada story yang nak di'highlight'kan. macam-macam cerita yang ada. tapi aku terfikir, patut atau tidak aku taip kat sini. so, aku taip je la mana yang patut.

actually, bermula jun 2011 aku dah pindah sekolah. dipindahkan atas sebab perkhidmatan. tu dalam surat lah. yang sebenarnya, sekolah lama lebih guru. then PPD call aku personally dan offer aku pindah ke sekolah yang berhampiran dengan rumah aku. tambahan pula sekolah tu kurang guru matematik. then aku pun setuju setelah berbincang dengan husband. tunggu je surat. tunggu punya tunggu, lastly, aku tak jadi pindah. aku pun tak pasti kenapa. tak pe lah. tak kisah sangat pun. so, dengan hati yang lapang (sebab xjadi pindah) aku pun balik la kampung. tiba2 dapat call dari sekolah bagitahu yang aku dapat surat pindah ke sekolah lain. bilik dirisik, aku mengisi kekosongan seorang cikgu yang telah meninggal dunia sebelum cuti sekolah ari tu... ooo... jadi pindah juga lah aku. huhuhu...

so, lepas cuti sekolah, aku pun berkemaslah nak pindah. double pindah. pindah sekolah dan pindah rumah. ni nak story pasal pindah rumah pula. hujung bulan 5 aku dah dapat kunci rumah. so dah boleh pindah la. jadi aku dan abg pun sibuk la plan itu ini. mana nak cari gril, perabot ke, cat ke, nak tambah apa2 ke, nak buat renovation ke. so dalam cuti sekolah tu ada pameran homedex. so aku pun pergilah ke MITC ayer keroh. wah... memang rambang mata tengok perabot. tapi bila nak beli, fikir banyak perkara. dari bajet hingga kepada keperluan. perlu atau tidak beli. so, aku hanya beli katil tuk bilik tamu dan sofa L-shape. bila dah habis cuti sekolah, aku pun sibuk la kemas itu dan ini. cat rumah, cari gril, cari kabinet dapur. macam2 perkara fikir. badan pun rasa letih semacam je. mungkin sebab pindah sekolah dan rumah serentak kot. tapi... hehehe...

dalam pada sibuk nak pindah rumah, aku cuba buat pregnancy test. bukan apa, sbb aku rasa badan aku lain macam. dan jawapannya positif. adeh... mak aku punya mengucap panjang... huhuhu... so, aku kena la kurangkan kerja kemas2 ni. mak n abah datang tolong. ipar aku pun datang tolong. 30 jun rasmi lah aku pindah rumah baru.

dalam pada tu, aku kat sekolah pun masih busy. macam2 kena urus. dan sekarang aku bersedia untuk menerima orang baru lagi. muaz pun dah pandai sayang adik. huhuhu... dia dah pandai jalan. makin lasak. aku memang tak larat nak layan. kadang2 terlepas sebut 'adik'...

nak cerita banyak pun, kat facebook aku dah story juga. so, aku update kat facebook je gambar2 aktiviti2 aku sepanjang 6bulan kedua tahun 2011. sekarang ni aku sibuk nak urus KSSR. nanti aku try upload apa2 maklumat tentang KSSR & PSB kat sini. kalau sape2 nak share pun boleh.

ok... jumpa lagi tahun depan...

Wednesday, June 1, 2011

setengah tahun sudah...

lama betul dah tak update blog ni... tak berkesempatan nak taip... busy betul!
sedar tak sedar dah setengah tahun 2011 ni... dah masuk bulan jun... ada 2 bulan lg tuk puasa di bulan ramadhan...
sepanjang 5 bulan persekolahan ni... macam2 aktiviti yg aku dah lalui dan lakukan... berita gembira... sedih... suka dan duka lengkap semuanya... huhuhu...
nak taip semua, mungkin aku tak ingat la satu persatu... tp nak juga kongsi apa yg aku masih ingat... hehehe...
awal tahun, aku dapat tugas tuk handle pasukan kawad kaki sekolah... so, aku pun buat la apa yg termampu... habuannya... anak2 murid aku dapat johan di peringkat daerah dan negeri. tambah gembira bila ketua platun pun dinobatkan sebagai ketua platun terbaik tuk kedua2 peringkat. namun yang sedihnya, mereka tak dapat nak pergi ke peringkat kebangsaan sebab........ tak de pertandingan peringkat kebangsaan.... uwaaaaaaa sedih benar mereka...
cerita ke2, aku terlibat sbg urusetia perkhemahan krs sekolah2 menengah peringkat negeri melaka... byk juga pengalaman baru... best!!
hari guru tahun ni pun best... main bola sepak... macam2 aktiviti... best giler... dapat hadiah pun... huhuhu... tq anak2 murid...
cuti sekolah ni, aku busy nak masuk rumah baru.... macam2 nak kena pk... pening gak... sampai muntah2... tp bile dah WIP... alhamdulillah... dah settle sikit2... ok la... tak pening dah...
yang penting... 2nd anniversary tetap disambut! yihuuuuuuuuu... mana la abg nak bawa ye????

Saturday, January 22, 2011

Sambungan entri sebelum ni…


Saat ni, aku kembali mengadap laptop ni. Teringat nak sambung entri yg tertangguh sebelum ni. Bukan apa, sebelum ni tak dpt nak smbg sbb dah sakit kepala. Lebih 24 jam tak tdo. “Biasa la kalau dah ada anak.” Ni la kata2 yg selalu aku dgr dan aku katakan pada diriku sendiri.

Meluahkan apa yg terbit di fikiran ni mmg sukar. Tp aku cubalah menaip kat sini sbb… entah la… aku rasa nak taip la… hampeh je aku ni kan… hehehehe…

Aku tak tahu kenapa aku ada rasa rindu pada SKBKL. Mungkin dulu keje kat sana tak sebanyak keje kat sini… hehehe… biasa la kalau dah murid 1 sekolah ni je lebih 1k… mmg la byk keje… tambahan plak aku ngajar murid tahun 1… tu yg buat aku rasa pelik… napela aku ni ngajar darjah 1… masa kat semporna pun aku ngajar darjah 1… Cuma kat sini aku ajar BI… huhuh… kelakar giler… dulu aku ni punya la bodoh BI… sekarang jd teacher… putaran dunia… dan paling aku rasa kelakar dgn murid tahun 1 ni… (tahun lain pun sama) diorang selalu konpius nak panggil aku apa… ada yg panggil ustazah, cikgu, teacher… penampilan aku kot… tp aku tak kisah sbb maknanya tetap sama…

Ngajar budak darjah 1 ni byk cabarannya… malah, setiap murid memberikan cabaran yg berbeza… bayangkan kalau 1 kelas ada 30 org… maka 1 hari ngadap budak2 ni… dah ngadap 30 cabaran… kalau ada 3,4, 5 kelas… huhuhu… darab la sendiri ek… tambah pening bila guna silibus baru ni… adeh… lg pening… buku teks lak salah… buku aktiviti pun salah… mcm mn la nak ngadap… pastu nak ngadap mood budak yg baru tukar kelas… nak tackle diorg… huhuhu… mcm mn la aku bleh ngajar thn 1 ni… dah la aku ni jenis cikgu yg garang… tp dgn bdk thn 1 ni… aku siap ckp lg yg aku ni garang… tp diorg gelak plak… bukan raja lawak pun… tp aku marah pun diorg gelak… sampai ada yg kata… “teacher ni kelakar la…” adeh…

Mcm mn pun aku happy… aku happy… buat lawak malam ini. Hohoho… ni lirik raja lawak… cet… bukan apa… bila ngadap bdk thn 1 ni… kite kena kreatif… dan sometimes… kita kena pk cara terbaik nak sampaikan ilmu… jd… byk la bertanya pada yg berpengalaman… huh… seronok bila murid ternanti2 kita masuk kelas… huhu…

Cuma apa yg aku pelik… kat dahi aku ni ada cop ke perkataan setiausaha… awat la aku selalu dpt jwtn ni… huuuuuuuuuuuuuuuuu….

Sekarang ni… aku kalau bw balik keje… sure tak siap… huhu… jd sll la siapkan kat sekolah je… senang… dpt la ngadap anak aku yg makin hari makin comei… hehehe… Cuma malam ni bernasib baik sbb dia tdo dgn lena sekali… dapatla aku ngadap laptop ni…

Cerita pasal baby ni… byk juga aku belajar dari kawan2 bab jaga anak ni… walaupun aku dah bese jg anak buah… tp bila anak sendiri ni lain betul… bukan apa… anak buah tu kita jg bila dah besar… pastu sat je pun… bila anak sendiri ni sepenuh masa… jd lain la rasanya… sakit demam dia… kita yg berjaga… patut la bila kawen ni… fasa kehidupan berubah… bila ada anak… lagi la…

Xdenye istilah tdo lena… bgn lambat ke… santai2 ke… semuanya telah ditinggalkan…

Bila anak nangis… sume ditinggalkan… bila anak mula nak ckp2… hati gembira… bila anak demam… kita tak tdo malam… tu yg semua ibu alami… mcm mn nak urus anak dan kerja rumah… yg berkerjaya lagi… huh… tp semua tu byk dipermudah dgn bantuan suami… TQ ABG… love you so much… byk abg tolong ayg… JADI… PARA SUAMI… tolong la wife anda… dia dh banyak berkorban tuk anda… melahirkan anak anda… lebih 6000 sel mati… urat putus lagi… jaga anak lg… letih dan penat hanya tersimpan dalam hati… tak sampai hati nak bgth… hargai lah mereka… kaum ibu… hehehe… bukan promote ye… tp tu la buat aku insaf… pengorbanan mak membesarkan aku dulu…

Ok… aku rasa aku patut share dgn korang… aku pun dpt nasihat ni dari kengkawan gak… BANTU DALAM URUSAN RUMAHTANGGA…

1. Kena buat belanjawan tuk anak… dulu budget tuk diri sendiri dan pasangan je. Skrg kena tambah.

2. Simpanan untuk kecemasan tu wajib. Paling sikit RM50. Khas tuk anak je baru…

3. Cari barang yg kualiti tp jimat… ada sbnrnya… kena pandai cari je…

4. Barang baby kena standby byk… kat umah pengasuh 1 set… kat umah sendiri of course la kan… 1 lagi kena standby bag khas… mana la tau… bila nak kuar, tak yah la pack yg kat umah tu… bw je terus yg dah dikhaskan… senang… standby terus dlm bag. Kuar je… saut… hehehe

Tu je la dulu… nak ngadap si comei ni… rindu lak… hehehe… episode ke 2 akan menyusul… huhuhu

Thursday, January 20, 2011

1st Episode Season 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah 20hari melalui tahun 2011... aku kembali membuka laman blog ini... dalam fikiran macam2 yang nak diluah... tapi aku amik masa hampir 1 jam tuk fikirkan permulaan post ni... entah la...

sebenarnya... malam ni aku decide tak nak tdo... sbb takut abdul muaz demam mengejut... pagi td dah bawa dia gi cucuk kat klinik... masa hntr kat nursery... dia tak berapa demam... bila amik pun tak demam sangat... takut la dia demam time malam... sbb akak tu kata kadang2 ada baby yg demam malam je... tu yg standby... lgpn keje byk... cuma masa type post ni... tak mood nak teruskan...

erm... sepanjang 20 hari ni, mcm2 perkara aku lalui... dengan abdul muaz terluka di bibir la... dgn meeting itu dan ini... keje aku yg tertangguh... dgn mood aku yg berubah2 la... adeh... ntah la...

Saturday, January 1, 2011

Tutup buku lama... buka buku baru...

Bismillahirrahmanirrahim...

setelah beberapa bulan, baru aku berkesempatan meng'update' blog ni... buka tak ada cerita tapi tak dan nak buka blog...

tahun 2010 banyak peristiwa besar yg berlaku... sehingga memberi impak yg mendalam dalam hidup aku... pahit dan manis... semuanya ada... tapi aku akan cerita yang manis je la ek... yg pahit tu... biarlah tersimpan rapi dalam lipatan memori duka... cewah...

ada 2 peristiwa besar yang aku alami... 1st, aku dapat pindah dari semporna ke masjid tanah... alhamdulilillah... akhirnya aku dapat duduk bersama setelah 1thn hidup secara PJJ... huhu... tiada lg ulang alik semporna-tawau-kl-melaka... yg penting, perbelanjaan aku tak de la ke poket airasia lagi... hahaha...

peristiwa kedua ini adalah perkara yang merubah kehidupan aku sebenarnya... tanggal 15 november 2010... aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki... maka, bermulalah kehidupan aku sebagai seorang ibu... terus terang aku katakan... hidup aku byk berubah... klu dulu aku susah nak bgn tidur, tp skrg pantang dgr anak menangis, insyaAllah terjaga... walau penat sampai sambil menyusukan anak pun aku bleh tertidur sama dgn dia... tp aku rasa sgt bersyukur... namun, memang 1 cabaran dlm membesarkan anak... dan aku sgt bersyukur kerana dikurniakan suami yg sgt penyayang... malah aku lebih yakin tinggalkan anak aku dgnnya dari aku sendiri yg menjaganya... huhuhu...

dan semuanya telah menjadi kenangan... kini... aku tutup buku utk tahun 2010... dan buku tahun 2011 ku mulakan...

tahun ni, tugasku di sekolah agak mencabar... aku harap aku dapat lakukan... aku sebenarnya tak pasti mampu melakukannya atau tak... bukan apa, kalau dulu, aku yakin sbb aku hanya fikirkan diri sendiri jer... skrg dah ada anak... jd apa-apa pun kena fikirkan dia juga... dapat lak tugas yg boleh thn besar... huhuhu... jd... cabarannya, aku kena pandai la urus... jd pengurus yg berjaya... amin....

ok lah, sampai sini dulu. ada kesempatan aku sambung lagi... ni pun amik masa almost 2hrs nak settle taip sume ni... biasa la... baru belajar ada anak kecik... pandai2 la curi tme... hehe... c u... da... wassalam...