Friday, August 6, 2010

Senarai Barang Bayi Baru Lahir

Kegembiraan menyambut kelahiran orang baru memang sangat mengujakan... tambahan pula bila orang baru itu kali pertama dirasai... sebagai bakal ibu yang akan menyambut kelahiran yang pertama, pasti macam2 perkara yang difikirkan... apakah keperluan yang patut disediakan... maka, ramai la teman2 yang akan memberikan nasihat, tips yang berderet di'download' dari internet...

situasi ini telah aku lalui dalam beberapa minggu yang lepas... masa tu, aku rasa seperti hilang arah... apatah lagi bila dah berada di pasaraya... macam semua nak dibeli... jadi... aku pun dapatkan nasihat mak dan beberapa orang teman yang berpengalaman...

jadi, buat sesiapa saja yang membaca blog ini, aku nak kongsi apa yang perlu kita sediakan untuk menyambut kelahiran orang baru...

Keperluan untuk baby: yang perlu bawa ke hospital

  • tuala mandi
  • tuala muka
  • peralatan mandi - better beli yang travel pack sbb mudah bawa, nnt bila baby dah lahir mesti dpt hadiah, hehehe (^_^)
  • baby wipes
  • pampers untuk newborn - 1 pek cukup sbb nnt baby cepat besar
  • changing mat
  • minyak yu yee - untuk elak kembung perut
  • bathtub
  • baju untuk newborn - paling byk pun 4 helai je sbb nnt baby cepat besar, baju tu dah tak muat. kalau boleh ada yang lengan panjang dan pendek
  • seluar untuk newborn - tak perlu banyak sbb baby akan dibedung, jd tak perlu sgt
  • romper - 2 helai pun cukup tuk newborn
  • sarung tangan & sarung kaki - tak perlu byk sbb nnt org bagi hadiah... hehehe
  • napkin - digunakan tuk bedung baby atau alas baby
  • barut
  • cotton buds
  • cotton wool
  • selimut
  • bakul khas tuk barang baby - senang tuk dibawa, semua ada dalam 1 tempat
  • pencuci khas pakaian baby
  • baby car seat - beli kemudian pun tak pe
  • kelambu
  • tilam untuk baby
semua di atas adalah untuk keperluan menyambut kelahiran... ada teman yang nasihatkan, baju dan seluar tak perlu banyak sebab baby yang baru lahir akan cepat besar. kalau beli baju byk nnt membazir sbb baby dah tak boleh pakai.

selain baby, ibu juga perlu buat persediaan untuk ke hospital. ramai yang pesan supaya siapkan barang2 berikut ni awal dan letak dalam kereta supaya nanti bila dah sakit bersalin, kita dah tak perlu nak tergesa2 siapkan... bila dah sakit, tak kan ingat apa yang perlu disediakan... so, kita amik inisiatif la standby barang2 ni awal...

keperluan ibu bawa ke hospital

  • kad klinik
  • sijil nikah
  • i/c ibu & ayah
  • GL
  • duit
  • stokin
  • baju - better yg butang depan sbb senang nak menyusu nanti. tp tak perlu bw byk sbb kalau dok kat spital, sure kena pakai baju spital tu...
  • kain batik - 3 helai - sgt penting, bw lebih pun ok tp jgn byk sgt
  • tudung - cari yang mudah pakai dan tidak terlalu tebal
  • selipar
  • maternity pad - 20 pcs pun cukup
  • seluar pakai buang
  • tuala mandi
  • tuala muka
  • nursing pad
  • baju dalam khas untuk menyusu
  • sikat
  • peralatan mandi
  • berus gigi & ubat gigi
  • minyak zaitun
  • air zam-zam
  • minyak yu yee
  • baju panas
  • air mineral
  • minuman 3 in 1 - milo dan susu
  • makanan - roti, biskut, kurma
  • termos
  • cawan & sudu
  • plastik bag - senang tuk isi barang yang nak dibuang dan yg perlu bawa balik
  • kamera - bleh amik gambar baby
  • bahan bacaan - kdg bosan juga
  • kertas alas katil - standby sbb ada juga spital yg tak bg lebih, kena sedia sendiri - tuk elak kebocoran darah nifas kena katil
  • botol susu baby yg kecil - untuk standby kalau tiba2 susu ibu tak keluar, bila baby haus dan bagi air masak. tp hati2 sbb spital tak benarkan baby menyusu botol
selain barang di atas, ibu juga kena standby barang berikut untuk sesi berpantang di rumah
  • tungku
  • bengkung
  • jamu - kalau menyusu, better cari jamu yang sesuai sbb kalau makan jamu, baby pula akan menyusu dgn ibu akan berasa panas jamu
orang tua-tua pesan, barang ni jgn beli awal sgt... ada juga yang kata, better beli masa kandungan berusia 7 bulan... bila difikir2 ada betulnya... sbb aku aku dapat fikirkan ialah...
  • masa kandungan 7 bulan, kita akan berjalan2 tuk cari barang, jd kita exercise kaki... ia baik tuk persediaan masa bersalin nnt... kaki kena kuat...
  • bila dah 7 bulan, bese akan scan dan masa ni leh tahu jantina baby... so... bleh fikir la kan...
  • kalau dah tahu kita pregnant, mesti kita buat persediaan kan... so, kita boleh buat budget dari awal... wat simpanan dari awal... jadi, tak de la terasa sgt nnt bila berbelanja...

buat masa ni, inilah dulu untuk rujukan pembaca... kalau ada tambahan, sy akan tmbah di masa akan datang... semoga apa yang saya titipkan ini, dapat membantu anda dalam membuat persediaan menyambut kelahiran yang dinanti...

antara brg keperluan yang telah saya beli setakat ini... klik sini