Friday, December 30, 2011

Catatan akhir tahun

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Hari ni adalah hari terakhir dalam tahun 2011. tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan menempuh tahun 2012. biasanya, pelbagai azam akan kita bina bagi menempuh tahun mendatang. bagaimana pula dengan azam yang kita buat bagi tahun lepas? tercapai atau tidak?

Itulah yang aku fikirkan semalam. dah lama benar aku tinggalkan catatan di blog ini. bukan kerana tiada modal nak bercakap tapi sebab AKU LUPA PASSWORD. hahahah... tambahan pula bila dah ada "mukabuku" yang mudah diakses, lagi la aku tak dan nak buka. cuma 2-3 hari ni je aku bernasib baik sebab teringat password. huhuhu...

Selama 6 bulan blog ni aku tak update. tapi, bukan bermakna aku tiada story yang nak di'highlight'kan. macam-macam cerita yang ada. tapi aku terfikir, patut atau tidak aku taip kat sini. so, aku taip je la mana yang patut.

actually, bermula jun 2011 aku dah pindah sekolah. dipindahkan atas sebab perkhidmatan. tu dalam surat lah. yang sebenarnya, sekolah lama lebih guru. then PPD call aku personally dan offer aku pindah ke sekolah yang berhampiran dengan rumah aku. tambahan pula sekolah tu kurang guru matematik. then aku pun setuju setelah berbincang dengan husband. tunggu je surat. tunggu punya tunggu, lastly, aku tak jadi pindah. aku pun tak pasti kenapa. tak pe lah. tak kisah sangat pun. so, dengan hati yang lapang (sebab xjadi pindah) aku pun balik la kampung. tiba2 dapat call dari sekolah bagitahu yang aku dapat surat pindah ke sekolah lain. bilik dirisik, aku mengisi kekosongan seorang cikgu yang telah meninggal dunia sebelum cuti sekolah ari tu... ooo... jadi pindah juga lah aku. huhuhu...

so, lepas cuti sekolah, aku pun berkemaslah nak pindah. double pindah. pindah sekolah dan pindah rumah. ni nak story pasal pindah rumah pula. hujung bulan 5 aku dah dapat kunci rumah. so dah boleh pindah la. jadi aku dan abg pun sibuk la plan itu ini. mana nak cari gril, perabot ke, cat ke, nak tambah apa2 ke, nak buat renovation ke. so dalam cuti sekolah tu ada pameran homedex. so aku pun pergilah ke MITC ayer keroh. wah... memang rambang mata tengok perabot. tapi bila nak beli, fikir banyak perkara. dari bajet hingga kepada keperluan. perlu atau tidak beli. so, aku hanya beli katil tuk bilik tamu dan sofa L-shape. bila dah habis cuti sekolah, aku pun sibuk la kemas itu dan ini. cat rumah, cari gril, cari kabinet dapur. macam2 perkara fikir. badan pun rasa letih semacam je. mungkin sebab pindah sekolah dan rumah serentak kot. tapi... hehehe...

dalam pada sibuk nak pindah rumah, aku cuba buat pregnancy test. bukan apa, sbb aku rasa badan aku lain macam. dan jawapannya positif. adeh... mak aku punya mengucap panjang... huhuhu... so, aku kena la kurangkan kerja kemas2 ni. mak n abah datang tolong. ipar aku pun datang tolong. 30 jun rasmi lah aku pindah rumah baru.

dalam pada tu, aku kat sekolah pun masih busy. macam2 kena urus. dan sekarang aku bersedia untuk menerima orang baru lagi. muaz pun dah pandai sayang adik. huhuhu... dia dah pandai jalan. makin lasak. aku memang tak larat nak layan. kadang2 terlepas sebut 'adik'...

nak cerita banyak pun, kat facebook aku dah story juga. so, aku update kat facebook je gambar2 aktiviti2 aku sepanjang 6bulan kedua tahun 2011. sekarang ni aku sibuk nak urus KSSR. nanti aku try upload apa2 maklumat tentang KSSR & PSB kat sini. kalau sape2 nak share pun boleh.

ok... jumpa lagi tahun depan...