Friday, July 16, 2010

Countdown...

End of September:

due date to submit exam paper
  1. KT Thn 5
  2. BM (K2) Thn 3
  3. PSK Thn 4
October 2010
=> Prepare for Sem 2 Exam
=> Due date for my new house...
  • dah siap ke belum...? kena la standby duit nak masuk umah... nasib baik lepas raya... tp kena la juga tuk baby nnt... mak ai... byk betul duit nak guna bulan 10 ni...
October 10, 2010 => Standby... tunggu hari... minggu ke 36 dah

October 24, 2010 => Abg Latip's Wedding (abg ipar) @ N9

October 25, 2010 => My Birthday...

November 2, 2010 => Hubby's Birthday

November 10, 2010 => due date for my baby will come to new world... (^_^)

November 20, 2010 => Along's Wedding @ Sg. Klah, Perak

November 24, 2010 => Mat Pi's Wedding (adik ipar) @ Sg. Petani

November 27, 2010 => Along's Wedding @ Selayang + Kenduri Cukur Jambul Grandchildren (anak achik, anak angah, anak aku n may be anak alang)

December 4, 2010 => Tat's Wedding (adik ipar) @ Baling

December 11, 2010 => Wedding Ceremony at home 'Naka'

???? Bila nak masuk rumah pula ye... kena gak wat kenduri masuk umah... erm... cam ne la ek... nak plan nih... adui...

Saturday, July 10, 2010

Jalan-jalan @ IKEA







Antara set2 barangan IKEA yg menjadi impian aku... kalau nak beli... kena kumpul duit 3-4 thn la... mahal2 nih... huhuhu... tapi tak pe... setidaknya bleh la jadi pencetus idea tuk design umah sendiri nanti...

Friday, July 9, 2010

WELCOME BACK!!!

Tanggal 23 Julai 2010 adalah tarikh rasmi aku memulakan tugas di SKKT1. Di sini aku tak dapat mengajar subjek opsyen walaupun ada cikgu yang pindah tu sama opsyen dgn aku... apa bleh buat... terima je la... buat masa ni... hopefully next year dpt la ajar math @ BI @ PJK...

banyak perkara yang baru aku pelajari kat sini... ye la... walau dah 1 tahun kahwin, tapi ni la baru nak belajar hidup bersama... macam mn nak urus rumah sebelum gi sekolah... apa nak buat lepas balik sekolah... macam2 la... kalau dulu... urus diri sendiri je... adui... kene belajar semula...

hari demi hari aku belajar untuk urus rumah tangga... dari bab makan sampai la nak gi keje... tapi badan masih tak larat sebab rasa letih pindah... tak hilang lagi... tp ada 1 hari aku dan hubby amik masa tuk kemas rumah... habis rumah tu aku kerjakan... huhuhu... byk barang yg dibuang, dikemas... dan macam2 la...

buku rekod pun aku dah setelkan... lega dah... huhuhu... sekarang masa untuk manage balik kehidupan... keje sekolah pun dah start byk... buku murid kena semak hari2... program sekolah pun dan terlibat... mcm ni la kehidupan seorang guru yang aku belajar dengan mak abah... hari sabtu ahad pula bawa budak main golf... hehhe... sekolah aku ada kelab golf dan guru yg handle lak pindah, so, aku la yg ganti... tambah pula hubby pun dapat kelab golf juga kat sekolah dia... senang la... latihan pun 1x... leh gi 1x... hehehe... insyaAllah, aku kena kembali manage hidup... dan yg penting, aku kembali aktif macam dulu... huhuhu... (tu yang hubby risau...)

k la... nak stop dulu... lepas ni nak pk pasal bisnes lak... hihihi... dah pandai nak bisnes pula... huhuh... orait... nak out dulu... nak siap... gi window shopping kat IKEA... cari idea tuk umah baru nnt... C ya!

Friday, July 2, 2010

Selamat Tinggal Semporna

Aku tak tahu apa perasaan aku yang sebenar bila aku semakin dekat tarikh untuk aku meninggalkan tempat itu. Sebelum aku ke semporna… aku ke KK dulu. Ada urusan yang aku perlu selesaikan. Kemudian, dari KK aku ambil flight ke Tawau. Inilah penerbangan terakhir aku ‘balik’ ke Tawau. Lepas ni, kalau aku ke Tawau pun, kira ‘datang’ dah… erm… sayu pula…

Kali ni, yang ikut aku ke Tawau… abg, mak n along. Jadi aku pun sewa la kereta kat airport tu. Kereta pun ok. Baru lagi. Pastu sesuai la kalau nak bawa jalan2. Dari airport, aku ke Tawau dulu sebab nak ziarah kak fiza… isteri arwah abg enal. Diorang pun akan berpindah juga… tapi tak tahu bila diorg dpt pindah. Teringat kata2 arwah abg enal… dia tak bagi aku pindah sebelum dia pindah dulu… memang betul dia pindah dulu… sedihnya…

Kemudian, aku bergerak ke semporna dan sampai pada waktu malam… makan di PASTI. Tapi selera aku masih tak pulih… huhuhu… lepas makan, aku pun balik rumah. Sampai je rumah, mak dah sibuk suruh aku berkemas. Huh… penat tak hilang lagi, dah kena berkemas… nak tak nak… ikut je la…

Hari sabtu pula, aku ke sekolah. Kemas barang2 yang ada di sekolah. Byk juga la aku tinggalkan. Tak de apa yg boleh aku tinggalkan tuk sekolah, tak lama pun aku kat sana. Harap apa yang aku berikan tu dapat membantu sekolah lepas ni walau tak seberapa pun.

Hari isnin, aku ke sekolah. Hari terakhir aku masuk kelas di sini. Jadi, aku berikan kata2 terakhir aku pada murid2 aku di kelas 2A. ingat tak nak nangis tp tewas juga. Sedih nak tinggalkan anak2 murid aku ni. Keletah mereka masih terbayang2 lagi… teacher love you all…

Hari selasa, aku ke sekolah lagi. Mem’beres’kan kerja yang aku perlu selesaikan. Cadangnya nak balik awal tapi tak jadi sebab ada majlis ringkas untuk aku… terima kasih SKBKL… walau ringkas, ia tetap memberi memori untuk aku kenang. Nasib baik aku tak de gambar… kalau tak, mesti aku nangis je bila tgk gambar. Ye la… sedih sgt. Walau SKBKL jauh di mata, tapi itulah tempat aku mula bertapak sebagai seorang guru yang bertauliah. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Semporna… tetap aku rindui… ST297N… rindunya… cikgu ali, jaga skuter tu baik2 ye.. saya sentiasa rindukan skuter tu…